Home Semasa Malaysia catat 6,075 kes baharu, tertinggi sejak pandemik melanda

Malaysia catat 6,075 kes baharu, tertinggi sejak pandemik melanda

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 19 Mei – Malaysia mencatatkan 6,075 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan merupakan yang tertinggi sejak wabak pandemik itu melanda negara setahun lepas.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di akaun twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 meningkat kepada 485,496 kes.

“Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,251 kes, Johor (699) dan Kuala Lumpur 660,

“Diikuti Kedah (445), Kelantan (441), Sarawak (323), Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (9) dan Perlis (6),” katanya.

Kali terakhir negara merekodkan kes jangkitan baharu tertinggi pada 31 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes positif. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply