Home Semasa Vaksin COVID-19: KM Pulau Pinang terciduk oleh scammer

Vaksin COVID-19: KM Pulau Pinang terciduk oleh scammer

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-1gP4uaPPfc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Tawaran 2 juta dos vaksin Sinovac yang dikatakan ditawarkan oleh sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Hong Kong kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan sehingga kini, siasatan tidak temui sebarang keterangan yang membuktikan kewujudan penyumbang atau syarikat berkenaan.

Khairy menambah, syarikat Sinovac di China juga tidak menerima sebarang permohonan atau bukti dari syarikat berkenaan.

“Selepas dibuat pengesahan bersama dengan pihak syarikat Sinovac di China, saya hendak umumkan, tiada apa-apa bukti atau dokumen mahupun permohonan telah diterima daripada syarikat tersebut mengenai permohonan berkenaan,

“Wanita yang dikatakan sebagai pegawai Sinovac yang menguruskan pasaran Asia iaitu Ms Coco Chang juga menafikan perkara tersebut,

“Kita sudah melaksanakan carian syarikat dan mendapati syarikat ini tidak wujud di Hong Kong, kita juga buat pemeriksaan dengan pengeluar Sinovac dan mendapati tidak pernah wujud urusan berkenaan,

“Jadi, syarikat ini tidak wujud. Apa yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengenai tawaran 2 juta dos vaksin ini adalah palsu,

“Ini adalah scammer dan tidak benar sama sekali,” jelasnya dalam sidang media secara maya berhubung sumbangan bekalan vaksin kepada Pulau Pinang, hari ini.

Surat dari Pengarah Urusan Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menambah, kerajaan pusat dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan tawaran atau sumbangan dari mana-mana pihak untuk mendapatkan vaksin yang diluluskan dan sedia memudahkan urusan tersebut.

Semalam, Chow Kon Yeow mempertikai tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak memberi peluang kepada negeri itu untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sendiri seperti dibenarkan kepada Selangor dan Sarawak.

Kon Yeow berkata, selepas menerima tawaran pada Februari lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri membuat permohonan rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu pada 12 Mac 2021 namun permohonan tersebut ditolak.

Jelas beliau, pihaknya meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan semula keputusan kerana syarikat berkenaan masih mahu menyumbangkan vaksin kepada rakyat Pulau Pinang. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply