Home SemasaGlobal Syarikat pengangkutan tertua di Kanada tutup akibat COVID-19

Syarikat pengangkutan tertua di Kanada tutup akibat COVID-19

by M.Daim

TORONTO, 14 Mei – Sebuah syarikat pengangkutan tertua di Kanada, Greyhound Canada, telah menutup operasinya serta-merta.

Keputusan itu sekaligus menamatkan perkhidmatan syarikat bas tertua di Kanada yang melebihi usia 10 tahun.

Menurut Timbalan Presiden Greyhound Canada, Stuart Kendrick, keputusan itu dilakukan dengan berat hati memandangkan ianya akan memberi impak kepada penduduk di kawasan luar bandar.

“Ianya satu keputusan yang sukar kerana syarikat ini telah menjadi jalur perhubungan utama kepada penduduk Kanada untuk lebih 90 tahun,

“Penutupan ini akan memberi kesan yang besar kepada Kanada,” kata Stuart yang dipetik oleh ABC News.

Beliau menjelaskan keputusan diambil berikutan kekurangan pelanggan akibat wabak COVID-19.

Greyhound Canada sebelum ini mengantung operasinya semenjak Mei 2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply