Home SemasaGlobal Amerika Syarikat, Australia tambah perolehan pesawat P-8A

Amerika Syarikat, Australia tambah perolehan pesawat P-8A

by M.Daim

ARLINGTON, 1 Apr – Syarikat Boeing hari ini mengesahkan 11 pesanan tambahan pesawat rondaan maritim P-8 Poseidon oleh Amerika Syarikat dan Australia.

Menurut syarikat pengeluar pesawat terbabit, pesanan terbaharu itu adalah bernilai US$1.7 bilion.

Ia melibatkan 9 pesawat untuk Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) dan 2 untuk Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

“Kami terus menerima respon positif oleh US Navy mengenai keupayaan pesawat P-8A semasa operasi,

“Matlamat kami untuk menghasilkan pesawat rondaan maritim terbaik di dunia dapat dicapai dengan kerjasama rapat dan menilai respon oleh pengguna,” kata Timbalan Presiden dan Pengarah Program P-8A Boeing, Stu Voboril.

P-8A Poseidon merupakan pesawat rondaan maritim yang dibangunkan dari pesawat Boeing 737 Next-Generation.

Pesawat ini mempunyai 2 varian utama iaitu P-8A dan P-8I.

P-8A dioperasikan oleh US Navy, RAAF dan Tentera Udara Diraja United Kingdom.

Selain itu, P-8I Neptune pula dioperasikan oleh Tentera Laut India. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply