Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan rai khidmat cemerlang 396 kakitangan dan tentera

Kementerian Pertahanan rai khidmat cemerlang 396 kakitangan dan tentera

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=O2ldoDOKjQU[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 1 April – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) adalah salah satu kaedah ganjaran atau insetif Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti bagi mengekalkan sahsiah peribadi pada tahap yang terbaik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anggota perkhidmatan awam merupakan tonggak sistem pemerintahan negara yang sentiasa diberikan pelbagai insentif untuk lebih maju dalam kerjaya masingmasing.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 292 kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan 45 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dipilih untuk  menerima kedua-dua anugerah tersebut.

Sementara itu, seramai 59 orang pesara awam Kementerian Pertahanan turut menerima Sijil Penghargaan serta hadiah persaraan wang tunai berjumlah RM400 yang akan dikreditkan ke akaun gaji masing-masing.

Kerajaan juga turut menyediakan kemudahan pinjaman  perumahan dengan kadar faedah yang lebih rendah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada kakitangan awam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai Kanan ATM.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply