Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan 11 warga Myanmar terlibat kejadian merusuh di Kulai

Polis tahan 11 warga Myanmar terlibat kejadian merusuh di Kulai

by M.Daim

KULAI, 1 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengesahkan seramai 11 orang lelaki warga Myanmar terlibat dalam satu rusuhan di kawasan perindustrian Taman Teknologi Senai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Polis Tok Beng Yeow dalam satu kenyataan berkata, kesemua lelaki terbabit telah ditahan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah dalam beberapa siri serbuan.

“Mereka yang ditahan adalah berumur antara 20 hingga 30 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes ini,

“Kesemua lelaki terbabit akan direman selama 4 hari,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis turut menyiasat punca kes pergaduhan dan mengesan pekerja lain yang terlibat.

Semalam, seramai 4 orang lelaki dilaporkan cedera parah dalam satu pergaduhan yang berlaku kira-kira 8 malam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply