Home Politik GERAKAN parti terbaharu sertai gabungan Perikatan Nasional

GERAKAN parti terbaharu sertai gabungan Perikatan Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) secara rasmi diumumkan menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasminya hari ini.

“Hari ini saya menyerahkan surat penerimaan kemasukan GERAKAN sebagai parti anggota PN kepada Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau,

“Kemasukan GERAKAN sebagai parti anggota PN telah diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerui PN berkata, langkah ini akan memperkukuhkan PN sebagai gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan wilayah di Malaysia.

“Justeru itu, saya amat mengalu-alukan penyertaan GERAKAN dalam PN,

“PN akan terus komited untuk membina negara Malaysia yang aman, maju, makmur dan stabil,” ujarnya.

Sementara itu, Dominic juga mengesahkan telah menerima surat keanggotaan ahli PN daripada Muhyiddin, pagi tadi.

“Secara rasminya, GERAKAN kini telah menjadi sebahagian daripada gabungan PN,

“Saya mewakili Gerakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan seluruh barisan pimpinan PN atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami,

“Adalah menjadi suatu tanggungjawab besar untuk GERAKAN dalam menunaikan amanah yang diberikan ini,” jelas Dominic dalam hantaran di media sosialnya.

Dalam pada itu, beliau berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa GERAKAN akan terus berkhidmat demi menjaga kepentingan rakyat.

Pada masa yang sama, GERAKAN sentiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan memastikan bahawa PN akan menjadi sebuah perikatan politik baharu yang juga merupakan pilihan utama rakyat Malaysia.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply