KUALA LUMPUR, 11 Feb – Seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng dilaksanakan bagi mengawal sempadan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut merampas 6 kenderaan darat.
“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 126 bot atau kapal di perairan negara melalui 4 aktiviti penglihatan,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Pada masa yang sama, beliau berkata sebanyak 522 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dan Op Penawar turut dilaksanakan semalam melibatkan ATM, PDRM dan RELA dalam Op Penawar iaitu sebanyak 466 SJR.
“Selain itu, Op Benteng PDRM sebanyak 47 SJR dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.
Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 575 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.
“Daripada jumlah itu, 532 telah dikompaun, 39 individu direman manakala 4 dijamin,
“Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (103); tiada penjarakan fizikan (96); tidak memakai pelitup muka (96); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (70); keluar rumah tanpa alasan munasabah (50); aktiviti pusat hiburan (10); makan di premis melebihi had dibenarkan (17); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (16) dan lain-lain sebab (117),” tambahnya. – airtimes.my