Home SemasaGlobal 3 perisik China menyamar wartawan diusir

3 perisik China menyamar wartawan diusir

by Nor Azlan Mohd Nor

BRITAIN, 5 Feb – Britain telah mengusir tiga perisik China yang didapati menyamar sebagai wartawan.

Kegiatan mereka telah didedahkan oleh pihak perisikan Britain, MI5.

Menurut Daily Telegraph, ketiga-tiga perisik itu telah dikesan sebagai pegawai perisikan Kementerian Keselamatan Beijing.

“Identiti sebenar mereka telah ditemui oleh MI5,

“mereka mengaku bekerja untuk tiga agensi media China yang berbeza.”

Namun demikian, ia tidak menyebut nama agensi media China terbabit.

Sementara itu, hubungan UK-China menjadi semakin tegang akibat Britain mengkritik Beijing atas tindakan kerasnya di Hong Kong dan Xinjiang.

Semalam, Pihak penguasa penyiaran UK Ofcom, telah membatalkan lesen rangkaian berita China Global Television Network (CGTN) setelah mendapati struktur pemilikannya dikaitkan dengan Parti Komunis China.

“Siasatan kami menunjukkan lesen untuk CGTN dipegang oleh entiti yang tidak mempunyai kawalan terhadap programnya,

“Kami telah memberi peluang kepada CGTN untuk mematuhi peraturan perundangan,

“Setelah membuat pertimbangan dengan teliti, kami telah memutuskan bahawa adalah wajar untuk mencabut lesen CGTN,” kata Ofcom dalam satu kenyataan.

Stesen penyiaran satelit berbahasa Inggeris itu sering kali dikritik kerana didakwa menyebarkan propaganda Parti Komunis China ke peringkat global. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply