Home Pertahanan dan Keselamatan Isu Laut China Selatan perlu diselesai secara aman, ikut undang antarabangsa – PM

Isu Laut China Selatan perlu diselesai secara aman, ikut undang antarabangsa – PM

by Nurulhuda

JAKARTA, 5 Feb – Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan bahawa isu tuntutan Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyelesaian tersebut termasuklah menerusi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

“Semua pihak perlu mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif serta juga mengelak tindakan berkaitan ketenteraan,

“Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) selepas mengadakan pertemuan di Istana Merdeka, Jakarta.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga mahu hubungan kerjasama diantara Kuala Lumpur dan Jakarta dipertingkatkan lagi ke peringkat yang lebih strategik.

“Hasil daripada perbincangan kami pada hari ini, saya berpendapat sudah sampai masanya bagi hubungan kerjasama Malaysia dan Indonesia dipertingkatkan lagi ke peringkat yang strategik,

“Peningkatan hubungan dua hala secara langsung akan membolehkan kedua-dua negara mengoptimumkan kerjasama yang sudah terjalin terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan,” tambahnya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia berkata, pengukuhan kerjasama tersebut mencerminkan tekad kedua-dua pemimpin serumpun itu untuk berganding bahu demi menjaga kemakmuran bersama.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply