Home SemasaGlobal China guna 1 roket lancar 13 satelit ke angkasa lepas

China guna 1 roket lancar 13 satelit ke angkasa lepas

by M.Daim

BEIJING, 7 Nov – China telah berjaya menghantar 13 buah satelit ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah roket.

Pelancaran dilaksanakan dengan menggunakan roket Long March 6 di Taiyuan Satellite Launch Center, Shanxi, semalam.

Long March 6 membawa 13 buah satelit yang terdiri daripada 10 buah satelit remote sensing milik Satellogic; satelit komersil China, Beihang SAT-1; dan satelit Bayi-03 yang dibina oleh pelajar sekolah di Taiyuan.

Satellogic yang merupakan syarikat imejan dari Argentina telah menandatangani kontrak dengan China Great Wall Industry Corporation pada Januari tahun lalu untuk melancarkan 90 satelit.

Kesemua 10 satelit remote sensing direka untuk berada di orbit selama 3 tahun.

Beihang SAT-1 yang dibina oleh syarikat komersil satelit, Spacety di Changsha merupakan satelit percubaan untuk menghantar serta menerima isyarat pesawat.

Satelit yang dibina dengan kerjasa Beihang University ini turut digunakan untuk menguji penghantaran data dengan menggunakan laser.

Satelit Bayi-03 membawa teleskop ultraungu bagi tujuan cerapan angkasa lepas serta pemantauan muka bumi.

Pelancaran yang dilakukan semalam merupakan misi angkasa lepas keempat dengan menggunakan roket Long March 6.

China menjadi negara terbanyak melancarkan misi angkasa lepas semenjak tahun 2018. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply