Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara A400M terbangkan barangan perubatan sumbangan NGO ke Sabah

A400M terbangkan barangan perubatan sumbangan NGO ke Sabah

by Nurulhuda

SUBANG, 4 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan misi penghantaran bantuan peralatan perubatan ke Sabah bagi kegunaan pusat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga petugas barisan hadapan bagi memerangi gelombang ketiga wabak COVID-19.

TUDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, pesawat pengangkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang itu turut membawa 25 kotak sampel swab test dari Tawau dan Kota Kinabalu dalam penerbangan pulang, semalam.

“Kebanyakan bantuan peralatan perubatan yang dihantar adalah sumbangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terdiri daripada Yayasan Ikhlas, Yayasan Maghfirah, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Mercy Malaysia,

“Selain itu, turut dihantar adalah barang-barang dari KKM untuk kegunaan pusat perubatan di negeri berkenaan,

“Antara barangan sumbangan adalah seperti pakaian pelindungan diri (PPE), Isolation Gown, Face Mask, Hand Sanitizer, Face Shield, Approglaclea Goggle, Kit Kebersihan dan beberapa peralatan perubatan lain,” kata hantaran itu.

Selain peralatan perubatan, TUDM turut membawa seramai 25 orang Tim Mobilisasi KKM yang mana petugas kesihatan tersebut dihantar ke Kota Kinabalu dan Tawau.

Penerbangan misi penghantaran ini telah dikendalikan oleh Mej In’Amul Hasan TUDM, Mej Tengku Syed Muhammad Amin TUDM selaku juruterbang serta 5 orang krew. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply