Home Semasa Imigresen buru lelaki bantu perbicaraan kes mahkamah

Imigresen buru lelaki bantu perbicaraan kes mahkamah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang memburu seorang lelaki tempatan bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Semenyih.

JIM dalam kenyataan berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Andy Wong Ha Yao berumur 22 tahun dan alamat terakhirnya di NO.14C Lorong 5A, Jalan Lada, 98600, Sibu, Sarawak.

Menurutnya, individu terbabit dicari bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen (pindaan 2002).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohamed Firdaus Mohamed Abbu Bakar,

“Orang ramai juga boleh menyalurkan terus maklumat ke Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338 / 1330 pada waktu pejabat dan bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,”menurut kenyataan itu.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply