Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kor Armor Diraja cekup 15 PATI cuba lolos masuk sempadan negara

Kor Armor Diraja cekup 15 PATI cuba lolos masuk sempadan negara

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 19 Okt – Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang dikesan cuba memasuki negara ini secara haram diberkas oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) dalam 2 serbuan berasingan di Bandar Penawar, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pertama, sekitar jam 5.45 pagi tadi, 7 PATI warga Indonesia ditahan hasil aturgerak Tim Quick Reaction Force (QRF) setelah menerima maklumat daripada anggota Pos Pemerhati yang mengesan kehadiran sebuah bot kecil merapat dan melakukan pendaratan PATI di sekitar kawasan Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, bagi serbuan kedua sekitar jam 8.45 pagi pula, pasukan berjaya menahan 8 lagi PATI di sekitar kawasan hutan berhampiran.

“Kesemua 15 PATI yang ditahan adalah lelaki berusia sekitar 22 hingga 45 tahun yang sedang bersembunyi di hutan berhampiran persisir pantai tersebut dipercayai baru tiba di negara ini,

“Pasukan turut merampas wang tunai bernilai RM718.50 dan mata wang Indonesia 14,458,100.00 rupiah (RM4094.64) serta 15 buah telefon bimbit dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,035.46,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply