Home Politik UMNO, PPBM dan PAS kembali ke meja rundingan

UMNO, PPBM dan PAS kembali ke meja rundingan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kerjasama politik antara mereka.

“Saya gembira mendapat tahu wakil UMNO dan BERSATU sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan PAS,

“Insya-Allah Isnin ini Muafakat Nasional (MN) bermesyuarat. Semuanya dalam suasana “anak beranak.” Kita doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Pada Selasa lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

UMNO akan memberi syarat baharu kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Menurut, Ahmad Maslan perkara itu turut dipersetujui sebulat suara oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu menyeru kesemua parti politik yang diberikan amanah untuk membentuk Kerajaan Baginda (His Majesty’s Government) yang dipimpin Muhyiddin diberikan sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan kerajaan berfungsi dengan baik dan efektif. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply