Home Semasa Maut kerana babak Tik-Tok

Maut kerana babak Tik-Tok

by M.Daim

MEXICO CITY, 9 Okt – Seorang wanita berusia 20 tahun maut akibat terkena tembakan ketika melakukan babak rakaman untuk Tik Tok.

Ketika kejadian, Areline Martínez sedang melakonkan babak menjadi tebusan penculik di bandar Chihuahua.

Semasa rakaman berjalan, pistol yang digunakan oleh salah seorang pelakon sebagai penculik meletup dan membunuh Areline serta-merta.

Menurut media Mexico, sekurang-kurangnya 10 orang berada di tempat kejadian semasa rakaman dijalankan.

“Areline sebelum ini telah memuatnaik beberapa rakaman ke Tik Tok yang menunjukkan adegan beliau menjadi mangsa culik,

“Video saat-saat terakhir sebelum beliau ditembak tular di media sosial,” kata laporan itu.

Sementara itu, pihak polis menjelaskan mereka telah mengenal pasti kesemua individu terlibat berdasarkan rakaman video yang ditemui di tempat kejadian.

Mayat Areline ditemui dalam keadaaan terikat dan mempunyai kesan kecederaan di bahagian kepala.

Menurut polis, kecederaan di kepala mangsa dipercayai berpunca dari tembakan peluru .45 kaliber.

Mangsa meninggalkan seorang anak berusia 1 tahun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply