Home Teknologi Pertahanan Turki beli sistem pertahanan udara dari Ukraine

Turki beli sistem pertahanan udara dari Ukraine

by M.Daim

ISTANBUL, 9 Okt – Turki telah menerima sejumlah sistem pertahanan udara dari Ukraine.

Penghantaran peluru berpandu pertahanan udara S-125 Pechora telah disahkan oleh Ketua Pengarah Ukrspetsexport, Vadym Nozdrya.

“Pechora merupakan sistem pertahanan udara aras sederhana yang ditingkat upaya sesuai dengan arus permodenan semasa,” kata Vadym yang dipetik oleh media Turki.

S-125 Pechora atau dikenali sebagai SA-3 Goa merupakan sistem pertahanan udara yang dibangunkan dari teknologi Soviet pada tahun 1960. Peluru berpandu ini dikatakn setara dengan MIM-23B HAWK yang digunakan oleh Turki.

Jarak serangan peluru berpandu ini ialah 40 kilometer dengan aras altitud maksimum setinggi 15,000 meter. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply