Home Teknologi PertahananReka bentuk terperinci akan jimatkan kos pembinaan kapal pada masa hadapan – LUNAS

Reka bentuk terperinci akan jimatkan kos pembinaan kapal pada masa hadapan – LUNAS

by M.Daim
A+A-
Reset

Sebelum ini, Air Times berkongsikan bahawa kejayaan penghasilan serta penyerahan detailed design Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) kepada TLDM merupakan satu kejayaan yang penting.

Sudah tentu kisah mengenai LCS dan juga detailed design atau reka bentuk terperinci merupakan antara yang perkara yang pernah menghiasi dada akhbar dan media sebelum ini.

Pun begitu, terdapat persoalan menyatakan sejauh mana kepentingan detailed design dan apakah kesannya kepada negara.

Persoalan yang sama telah diajukan oleh Air Times kepada pihak LUNAS berhubung perkara tersebut berhubung peyiapan detailed design yang diluluskan oleh Naval Group dan Bureau Veritas yang kemudiannya diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut LUNAS, penyiapan reka bentuk terperinci ini memberikan hak kepada LUNAS untuk penghasilan kapal atau skuadron LCS seterusnya sekiranya perancangan strategik 15-to-5 untuk TLDM diteruskan.

“Penjimatan kos dapat diunjurkan dengan penggunaan rekabentuk kapal sedia ada untuk generasi LCS di masa hadapan,

“Selain itu, penyiapan reka bentuk terperinci ini akan memudahcara proses latihan, pertukaran dan asimilasi kru kapal, perolehan dan penggantian alat ganti serta memastikan kesinambungan rantaian pembekalan, terutamanya bagi pembekal dan vendor domestik,” jelas LUNAS kepada Air Times.

Rancangan 15-to-5 TLDM telah menggariskan keperluan 12 buah kapal LCS, walaupun telah dijajarkan semula pada pertengahan 2024.

Pada ketika ini, sebanyak 5 buah LCS dirancang untuk disiapkan sepenuhnya pada tahun 2029 dengan penyerahan kapal pertama (LCS 1)  kepada TLDM pada tahun 2026.

LCS 1 sebelum ini telah berjaya diapungkan di atas permukaan air oleh LUNAS pada Mei lalu. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #LUNAS

Related Articles

Leave a Reply