Home SemasaGlobal COVID-19 global catat peningkatan tertinggi dalam masa sehari

COVID-19 global catat peningkatan tertinggi dalam masa sehari

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Pertubuhan Kesihatan mengesahkan sebanyak 338,779 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia semalam.

Angka tersebut merupakan tertinggi dalam sejarah penularan wabak COVID-19 semenjak awal tahun 2020.

Kali terakhir angka jangkitan harian tertinggi dicatatkan adalah pada 2 Oktober dengan catatan 330,340 kes.

India mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaiuty 78,542 kes, diikuti Brazil 41,906 kes manakala Amerika Syarikat sebanyak 38,904 kes.

Seramai 5,514 orang disahkan maut oleh wabak itu, semalam.

Sementara itu, statistik yang dikeluarkan oleh John Hopkins University menunjukkan seramai lebih 36 juta orang telah dijangkiti dan lebih 1 juta maut akibat wabak COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply