Home Teknologi Pertahanan Luxembourg negara ketujuh operasikan A400M

Luxembourg negara ketujuh operasikan A400M

by M.Daim

GETAFE, 9 Okt – Luxembourg telah menerima pesawat A400M pertamanya pada Rabu lalu.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, pesawat telah diterbangkan dari Seville, Sepanyol ke Luxermbourg sebelum ditempatkan di Melsbroek, Belgium.

“Pesawat tersebut akan dioperasikan oleh unit bersama Belgium-Luxermbourg di Melsbroek,

“Dengan penghantaran pesawat ini, Luxembourg menjadi negara ke-7 yang mengoperasikan A400M,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Belgium akan menerima pesawat A400M pertamanya dalam masa terdekat. Negara Eropah itu telah melakukan pesanan sebanyak 7 buah pesawat A400M.

Ketua Bahagia Pesawat Tentera Airbus Defence and Space, Alberto Gutierrez berkata, sebanyak 94 buah pesawat A400M sedang dioperasikan di seluruh dunia.

“A400M kini menjadi tunjang utama dalam pengangkutan udara oleh negara-negara pelanggan kami bagi tujuan ketenteraan mahupun awam,

“Ini terutamanya dengan melihat keadaan krisis A400M di seluruh dunia,” katanya.

Mula dihasilkan pada tahun 2007, A400M dioperasikan oleh 7 buah negara di seluruh dunia. Malaysia merupakan negara pertama di luar wilayah NATO untuk mengoperasikan pesawat tersebut.

Sehingga kini, A400M telah berjaya membuktikan keupayaannya sebagai pesawat pengangkut taktikal dan strategik.

Antara pencapaian yang direkodkan ialah melaksanakan operasi payung terjun dan penerbangan aras rendah secara automatik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply