Home Politik Yang di-Pertua Negeri jemput Hajiji ke Istiadat Pelantikan Ketua Menteri Sabah

Yang di-Pertua Negeri jemput Hajiji ke Istiadat Pelantikan Ketua Menteri Sabah

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 28 Sept – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor hari ini menerima surat jemputan menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16.

Jabatan Penerangan Sabah berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin telah menyerahkan surat jemputan itu kepada Hajiji di Bilik Kunjungan Istana Negeri Kota Kinabalu kira-kira jam 4 petang tadi.

“Sejurus selesai penyampaian surat jemputan, beliau turut menghadiri raptai Istiadat Angkat Sumpah yang akan berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri pada jam 10 pagi esok,” kata kenyataan itu.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, GRS telah berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membolehkan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?