Home Politik Seharusnya UMNO Ketua Menteri Sabah – Zahid

Seharusnya UMNO Ketua Menteri Sabah – Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri baharu.

Beliau hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

Meskipun sejak dari awal lagi beliau menegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (UMNO 14, PPBM 11, STAR 6, PBS 7).

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan Kerajaan Warisan sebelum ini,

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama,

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Aku janji GRS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu, menyaksikan GRS telah berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membolehkan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Sementara itu, Warisan Plus yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal memperolehi 32 kerusi, manakala 3 kerusi lagi dimenangi calon Bebas. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply