Home Semasa Jamal Md Yunos ‘bertuala’ lagi, kambing punya MB Selangor

Jamal Md Yunos ‘bertuala’ lagi, kambing punya MB Selangor

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pada Disember 2016 ketika krisis air melanda negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Kini setelah beberapa tahun kejadian itu berlaku, Jamal menerusi laman facebook rasminya muncul kembali dengan tiga video pendek berdurasi kurang dua minit yang memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala dengan latar belakang sungai yang dikatakannya di Tanjung Malim.

Menerusi salah satu video itu, beliau berharap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) memberi fokus dan keutamaan dalam menangani permasalahan air.

“Dulu saya bertuala ke SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) ingin menumpang mandi di Pejabat Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, saya dikatakan gila,

“Saya dikecam dengan hebatnya, ditonton lebih 20 juta di seluruh negara dan dunia, kata saya seorang yang tidak siuman lagi,

“Tapi pada hakikatnya, apa yang saya lakukan ketika itu adalah ingin memberitahu kerajaan negeri permasalahan air ini amatlah besar kesannya kepada rakyat,

“Apa pun masalahnya kita tak kiralah, sungai tercemar, mesin rosak, jana kuasa terbakar dan ‘whatever’, tetapi masalah yang berlaku itu memberi kesan kepada jutaan manusia, sampai bilakah masalah air ini akan di selesaikan,” katanya dalam video tersebut.

Dalam video itu juga, Jamal berkata rumahnya sudah 3 hari tiada bekalan air dan terpaksa datang mandi ke sungai di Tanjung Malim.

“Jadi anda yang kecam saya dulu bagaimana? Jom datang ikut saya mandi di sungai… Air tak ada… Apa yang MB (Menteri Besar Selangor) buat ketika ini..bye..,” katanya.

Menerusi hantaran video keduanya, Jamal berkata “Kambing Punya Menteri Besar Selangor…Apa.. Dia Ingat Kami Rakyat Selangor Ini Kambing Ke Apa..Tak Payah Mandi,” tulisnya.

Manakala entri video ketiga di facebooknya, beliau mengajak orang ramai bersama-sama untuk membuat bantahan di SUK pada Khamis (10 Sept 20) ini.

“Jom ramai-ramai kita bertuala untuk menyatakan protes terhadap kerajaan negeri, kegagalan MB menyediakan perkhidmatan bekalan air yang terbaik untuk rakyat Selangor,

“Jom bersama-sama saya dengan memakai tuala, letak berus gigi ditelinga dan membawa satu gayung sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri tentang permasalahan ini pada Khamis jam 10.30 pagi,

“Jom kita bertuala ke SU…pejabat MB untuk menumpang mandi dipejabat beliau…ada berani…” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply