KUALA LUMPUR, 7 Sept – Lantaran mengadakan perbincangan dengan pengusaha kebun durian secara haram di Raub, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Exco Pahang, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dikecam oleh netizen.
Kecaman dibuat pada laman media sosial Lian Ker yang mensasarkan kedua-dua ahli politik terbabit.
Ramai yang menyifatkan tindakan tersebut adalah berat sebelah dan tidak mematuhi kedaulatan undang-undang.
“Ceroboh tanah secara haram pun masih boleh dibawa bincang,” kata Nasrul Haquri.
“Dah terang lagi bersuluh. Mereka menceroboh tanah kerajaan. Nak discuss (bincang) apa lagi? Biarkan mahkamah yang uruskan. Anda macam suka bela benda yang melanggar undang-undang,” tegas seorang lagi pengguna Facebook, Md Hashim.
Selain itu, para netizen turut menegaskan bahawa tindakan sebegini akan menyebabkan pencerobohan tanah kerajaan akan terus berleluasa.
“Berapa banyak lagi tanah hutan simpan akan di teroka selepas ini jika mereka terus diberi kebenaran mengusahakan tanah hutan simpan,
“Kalau bukan tanah hutan simpan sekali pun tetap tanah kerajaan dan tidak sewenangnya diteroka sesuka hati. Jika terus dibenarkan pasti akan ada lagi akan datang yang melanggar undang2 meneroka tanah2 kerajaan. Untuk apa akta dan undang di wujudkan?” soal Kamariah Alwi Kay.
Kemarahan netizen turut dilihat berpunca pemohonan tanah oleh penduduk tempatan yang dikatakan tidak mendapat jawapan pihak berwajib.
“Kami sekampung yang memohon tanah secara mengikut undang-undang di Kampung Batu Talam pun masih menunggu jawapan bertahun-tahun masih tak dapat walaupun 2 ekar untuk seorang,
“Yang dah ceroboh boleh cakap diputarbelitkan, perkauman, sosioekonomi, nak win-win situation. Tolonglah jangan pilih kasih (double standard),” ujar Mustapha Kamal.
Semalam, Ti Lian Ker dan Abdul Aziz dilaporkan telah adakan pertemuan bersama pengusaha kebun durian secara haram di Raub.
Dalam perhimpunan bantah pencerobohan tanah di Raub pada Khamis lalu, Naib Pengerusi 1 Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang, Farid Md Nor menegaskan kerajaan negeri Pahang tidak membuka sebarang rundingan untuk mendapatkan situasi menang-menang diantara penceroboh tanah dan kerajaan.
“Kenyataan ini tidak benar. Kerajaan telah buat keputusan bahawa mereka perlu keluar pada tarikh-tarikh tertentu dan tindakan pihak berkuasa masuk ke lokasi terbabit sepatutnya telah berlaku pada minggu ini,” jelas beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Pahang. – airtimes.my
1 comment
[…] Artikel berkiatan: Aziz Kiram dikecam cuba jadi jaguh peneroka haram […]