Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota tentera mati terjun bangunan

Anggota tentera mati terjun bangunan

by Nurulhuda

BATU PAHAT, 7 Sept – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) meninggal dunia dipercayai terjun dari tingkat 3 bangunan kediaman Kem Majidee, Batu Pahat Johor pada 29 Ogos lalu.

Mangsa, Abdul Aziz Aznam (20) yang berasal dari Ipoh Perak menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang semalam ketika sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Menurut perkongsian di hantaran Facebook milik Adin Rashid, Abdul Aziz dikatakan telah tinggal tugas sejak 6 bulan lalu sebelum menyerah diri ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu,

“Pada hari Jumaat 28 Ogos 2020, ahli keluarga beliau telah menghantar beliau ke kem. Pada 29 Ogos 2020, jam lebih kurang 3.00 pagi kami terima info, Abdul Aziz telah dimasukan ke Hospital dalam keadaan koma dan cedera parah akibat telah jatuh daripada bangunan tingkat 3 Kem Majidee, Batu Pahat pada jam 12 tengah malam,

“Hari ini (6 Sept 2020) lebih kurang jam 2.30 petang kami menerima berita dari ahli keluarga beliau, Abdul Aziz telah meninggal dunia dan pergi meninggalkan kami,

“Kami sahabat beliau dan keluarga harap pihak berkuasa yang berwajib dapat menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat,  Supt Muhammad Izzudin Runggai berkata bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mendapatkan punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata siasatan akan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca sebenar sehingga mangsa mengambil tindakan sedemikian (terjun dari bangunan).

“Polis juga akan mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika berada di dalam kem sebelum kejadian,” katanya.

Semalam, kisah mengenai anggota tentera berkenaan tular di media sosial yang turut mendakwa mangsa dibuli dan didera  oleh anggota lain.-airtimes.my

Related Articles

1 comment

Kematian Prebet Abdul Aziz: Tentera Darat serah sepenuhnya kepada polis – Zamrose – Air Times News Network 10 September 2020 - 2:52 pm

[…] Artikel berkaitan: Anggota tentera mati terjun bangunan […]

Reply

Leave a Reply