Home SemasaGlobal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tolak pelanjutan tempoh sekatan senjata terhadap Iran

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tolak pelanjutan tempoh sekatan senjata terhadap Iran

by M.Daim

NEW YORK, 15 Ogos – Pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menolak permohonan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan tempoh sekatan senjata terhadap Iran.

Dalam pengundian yang dibuat pada hari Jumaat, hanya 2 daripada 15 ahli Majlis Keselamatan PBB bersetuju untuk meneruskan sekatan tersebut.

“Kegagalan pihak Majlis Keselamatan PBB dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan antarabangsa adalah sesuaty yang tidak boleh diterima,” kata Setiausaha Pertahanan AS, Mike Pompeo dalam satu kenyataan.

Sekatan senjata terhadap Iran dijangka akan tamat pada 18 Oktober ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh Iran pada Julai 2015 untuk mengurangkan aktiviti nuklear mereka.

Keputusan undian tersebut turut memberikan petanda Amerika Syarikat sedang menghadapi krisis diplomatik dengan sekutu mereka di Eropah semasa di bawah pentadbiran kerajaan Donald Trump. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply