Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM gempur 7 PATI Indonesia cuba keluar dari Malaysia

ATM gempur 7 PATI Indonesia cuba keluar dari Malaysia

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Seramai 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyelusup keluar dari negara ini berjaya ditangkap menerusi Op Benteng oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Baharu, Teluk Ramunia, Kota Tinggi hari ini.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan tersebut telah dibuat sepasukan anggota Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) diketuai Kapten Mohd Amirul Naim Mohammad Zubir jam 9.10 pagi tadi.

“Tangkapan tersebut dibuat, hasil daripada maklumat yang diterima daripada penduduk setempat berkenaan kehadiran individu yang dicurigai,

“Kesemua PATI yang ditahan adalah lelaki yang berusia sekitar 20 hingga 40 tahun, dipercayai cuba keluar dari negara ini,” katanya.

Turut dirampas, 11 telefon bimbit, 4 utas jam tangan, 2 rantai, wang tunai RM2,661 dan mata wang Indonesia berjumlah 11.935 juta (RM3,530).

Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM9 ribu.

“Kesemua PATI yang ditangkap akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian saringan COVID-19.

“Pasukan turut meneruskan usaha membuat pencarian dan mengesan saki baki PATI di sekitar Kuari Sungai Musuh, Teluk Ramunia,” kata kenyataan itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply