Home Semasa Op Benteng Laut: 17 PATI Myanmar ditahan bekerja tanpa permit di Pulau Pinang

Op Benteng Laut: 17 PATI Myanmar ditahan bekerja tanpa permit di Pulau Pinang

by Air Times News Network

GEOGRETOWN, 27 Jun – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau berjaya menahan 17 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang bekerja di sangkar ikan di kedudukan 0.2 batu nautika tenggara Batu Maung, Pulau Pinang, kelmarin.

Penahanan kesemua PATI ini menerusi Op Benteng Laut kira-kira jam 1.00 petang, hasil daripada pemeriksaan mendapati 3 daripada mereka memiliki permit kerja yang telah tamat tempoh pada Februari 2018 dan 14 yang lain tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, Seksyen 55E(1) kerana menempatkan PATI di premis dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa permit yang sah,” katanya.

Tambah Hamizan lagi, APMM Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan bagi membanteras kegiatan jenayah di perairan Pulau Pinang. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply