Home Semasa LHDN buka kaunter permohonan rayuan BPN pada 30 dan 31 Mei

LHDN buka kaunter permohonan rayuan BPN pada 30 dan 31 Mei

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 29 Mei – Kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibuka di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 dan 31 Mei 2020 (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaunter rayuan tersebut akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

“Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 2 Jun 2020,” kata kenyataan itu.

Menurut LHDN, langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan yang benar-benar layak yang tidak tercicir daripada menerima bantuan itu.

“Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN yang terdekat atau melalui e-mel ke [email protected] bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan,

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara tersebut juga boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN dan di media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter LHDN,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply