Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM bina pangkalan di Sandakan, tampung pertambahan aset

TLDM bina pangkalan di Sandakan, tampung pertambahan aset

by Bernama

KOTA KINABALU, 29 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memperluaskan pangkalannya bagi menampung keperluan aset TLDM khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany bagaimanapun berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah.

“Perluasan pangkalan (TLDM) itu dijangka dibina di Sandakan kerana pangkalan yang sedia ada di Sandakan sudah lama selain aset-aset TLDM yang semakin banyak.

“Atas faktor keselamatan semasa juga memerlukan untuk kita menempatkan aset di situ (Sandakan). Oleh itu, TLDM perlu penambahan fasiliti yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, hari ini.

Mohd Reza berkata bagi merealisasikan hasrat itu, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk peruntukan kos pembinaan dan kawasan pembinaan pangkalan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata TLDM sentiasa bekerjasama dengan agensi keselamatan lain khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply