Home SemasaGlobal 3 Kapal Selam sertai latihan bersama Armada ke 7 Amerika Syarikat

3 Kapal Selam sertai latihan bersama Armada ke 7 Amerika Syarikat

by Nor Azlan Mohd Nor

FILIPINA, 9 Mei – Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Tiga kapal selam untuk menyertai latihan bersama dengan kapal dan pesawat Armada ke-7 AS (US 7th Fleet) pada 2-8 Mei lalu di perairan Filipina.

Setiap pasukan memiliki kepakaran peperangan yang tertentu seperti peperangan permukaan, dasar laut, operasi amfibi, pengawasan dan peninjauan. Latihan bersepadu ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan, kecekapan serta kesiapsiagaan maritim bagi menghadapi dan bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan.

“Faktor utama untuk kejayaan latihan ini adalah dimana kita berjaya menggunakan kemampuan peperangan dasar laut untuk menjayakan pelbagai misi,” kata Laksamana Muda Jimmy Pitts, Komander Submarine Group Seven (CSG7).

“Ini adalah hasil usaha bersama Angkatan laut dan seperti yang ditunjukkan dalam Latihan ini setiap pasukan petugas Armada ke-7 digunakan sepenuhnya dalam menguji koordinasi antara semua.

“Operasi yang berjalan lancar antara pasukan kami menunjukkan kekuatan dan profesionalisme kami hasil Latihan dan rutin yang sentiasa kami lakukan, katanya lagi.

Manakala bagi Timbalan Ketua Staf CSG7 – Perancangan, Operasi dan Peperangan Lt. Komander Jess Feldon telah menyatakan Latihan seperti ini merupakan peluang bagi krew Kapal Selam untuk memperolehi kemahiran dan menambahkan lagi pengalaman kekuatan taktikal gabungan dari pelbagai unit, seperti penggunaan radio dua hala di udara di darat dan di laut. Latihan ini juga mempersiapkan kami untuk Operasi Indo-Pasifik di masa depan.

Secara keseluruhan, latihan ini juga bertujuan untuk menunjukkan kemampuan AS dan memberikan perlindungan kepada kepentingan A.S. dan negara-negara rakan sekutunya.

Komander Kapal Selam Grup ke-7 (COMSUBGRU 7) juga telah mengarahkan aktiviti kapal selam di seluruh Pasifik Barat, Lautan Hindi dan Laut Arab; dua kapal selam yang dikerahkan ke barisan hadapan dan empat kapal selam serangan yang dihantar ke Guam; lima kapal sistem sensor pengawasan dan tiga kapal tinjauan oseanografi yang ditugaskan untuk operasi perang anti-kapal selam. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply