Home Semasa Kad UNHCR masih sah digunakan walau tamat tempoh

Kad UNHCR masih sah digunakan walau tamat tempoh

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Pihak Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia hari ini menegaskan kad UNHCR yang telah tamat tempoh masih sah digunakan.

“Dokumen UNHCR yang telah luput masih lagi sah untuk digunakan sehingga diperbaharui,” kata pihak UNHCR Malaysia dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pejabat UNHCR masih lagi ditutup kepada orang awam berikutan larangan perhimpunan orang ramai untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply