Home Semasa COVID-19: 1 kematian, 170 kes baharu dicatatkan hari ini

COVID-19: 1 kematian, 170 kes baharu dicatatkan hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 170 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 3,963 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan satu kes kematian direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan setakat ini adalah 63 orang.

“Kes kematian ke-63 ini (kes ke-3,794) merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal dari Perlis,

“Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac sehingga 24 Mac 2020. Pesakit telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April 2020 jam 11.00 malam,” ujarnya.

Manakala jumlah pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad adalah 80 kes.

“Ini menjadikan keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad seramai 1,321 orang,” katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 hari ini.

Beliau juga memaklumkan pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga kini adalah seramai 92 orang dan 50 orang daripada jumlah itu memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat empat kes kluster terbesar yang telah dikenal pasti setakat ini iaitu Perhimpunan keagamaan di Seri Petaling sebanyak 42 peratus, Individu dengan sejarah perjalanan ke Itali (Kuching), Perhimpunan keagamaan di Kuching dan Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply