Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 7,000 anggota tentera diaturgerak dalam PKP fasa kedua

7,000 anggota tentera diaturgerak dalam PKP fasa kedua

by Nurulhuda

KUANTAN, 7 Apr – Panglima Tentera Darat, Jenaral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata seramai 7,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diaturgerakkan bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, mulai 1 April lepas.

Menurut Ahmad Hasbullah, PKP fasa pertama pada 18 hingga 31 Mac 2020, ATM telah mengaturgerakkan anggotanya sehingga mencecah 6,000 orang setiap masa bagi membantu PDRM dalam membuat Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Pelaksanaan fasa kedua PKP yang lebih ketat ini telah menyebabkan jumlah bertambah kepada 7,000 anggota yang terlibat,

“Selain membantu PKP di SJR, seramai 5,000 lagi anggota ATM sedang bertugas di sempadan negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SJR di hadapan KPJ Pahang Specialist Hospital, Tanjung Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, beliau khuatir kalau kita tidak dapat memutuskan rantaian ini, bimbang ia akan dijangkiti kepada anggota keselamatan.

“Sekiranya pasukan keselamatan juga dijangkiti, sudah pasti ada kesukaran bagi kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya.

Selain itu, di negeri Pahang, seramai 21 pegawai dan 696 anggota ditugaskan setiap hari untuk penugasan ini.

“Anggota tentera telah banyak membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada rakyat untuk terus mematuhi peraturan yang diarahkan oleh kerajaan.

“Di Pahang ini, pematuhannya adalah 98 peratus dan ia satu pendekatan yang amat tinggi,” jelas Hasbullah.

Hasbullah menjelaskan, dalam membantu PDRM menguatkuasakan perintah ini, ATM dan PDRM juga telah menggunakan dron untuk memantau kawasan-kawasan dimana anggota tidak dapat melepasinya.

“Dia (dron) menjadi mata kepada pihak berkuasa termasuk polis dan tentera,

“Dron ini juga dilengkapi dengan sistem pembesar suara yang memberi amaran kepada mereka-mereka yang telah disasarkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan anggota tentera juga telah membantu pihak berkuasa di tiga tempat yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Selangor.

Selain itu, tentera juga ditempatkan di Menara City One Plaza dimana 20 orang anggota bagi membantu pihak polis dalam melaksanakan PKPD di premis berkenaan.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, Ahmad Hasbullah menjelaskan pihak ATM telah melaksanakan penerbangan ihsan dengan menghantar bekalan makanan serta barang keperluan menggunakan pesawat TUDM ke tempat-tempat pendalaman.

“Kerjasama ini telah dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama semua pihak yang terlibat,

Beliau turut menyeru semua masyarakat untuk bekerjasama bagi memutuskan rantaian COVID-19 dari terus merebak di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply