Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: MALBATT 850-7 terus komited galas misi keamanan di Lubnan

COVID-19: MALBATT 850-7 terus komited galas misi keamanan di Lubnan

by Air Times News Network

MA’RAKAH, 7 Apr – Anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) terus komited menggalas misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Selatan Lubnan ketika berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19.

Menurut MALBATT 850-7 di akaun Facebook rasminya berkata, cabaran menggalas tugas dalam berhadapan COVID-19 benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mental semua anggota pada ketika ini.

“Anggota MALBATT 850-7 sentiasa komited terhadap perlaksanaan tugas dan tanggungjawab dalam menentukan keamanan sentiasa terpelihara,

“Walaupun menghadapi cabaran dalam menentukan keselamatan kesihatan sendiri serta menguruskan pentadbiran keluarga di Malaysia yang berada dalam suasana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Markas MALBATT 850-7 sentiasa menjaga moral anggota dan menentukan keselamatan kesihatan sentiasa terpelihara melalui tatacara langkah-langkah pencegahan yang dikuatkuasakan.

“Markas MALBATT 850-7 juga akan memastikan setiap anggotanya sentiasa dapat berhubung bersama keluarga di tanah air,

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, sama-samalah kita mendoakan semoga anggota MALBATT 850-7 sentiasa dibawah perlindungan dan diberikan kesihatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T walaupun mereka ini berjauhan dengan keluarga tersayang,” ujarnya.

Lubnan merupakan antara negara yang terjejas akibat wabak COVID-19. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sebanyak 527 kes jangkitan dan 18 kematian direkodkan di negara bergolak itu sehingga 6 April 2020.

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply