Home Semasa 7 petugas Istana Negara positif COVID-19, Agong dan Permaisuri jalani pemeriksaan kesihatan

7 petugas Istana Negara positif COVID-19, Agong dan Permaisuri jalani pemeriksaan kesihatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh kakitangannya positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),  kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenalpasti punca jangkitan COVID-19 bagi tujuh kakitangan berkenaan.

“Berikutan 7 kes positif jangkitan wabak ini dan sebagai langkah tindakan proaktif, Istana Negara dengan kerjasama KKM, khususnya HKL dan Pusat Kesihatan Kepong telah melaksanakan kaedah terperinci untuk mengenalpasti semua kontrak rapat dan kakitangan bertugas di Istana Negara berkenaan,

“Kesemua kontrak rapat dan kakitangan tersebut telah diarahkan menjalani proses saringan jangkitan COVID-19 untuk memastikan pendedahan virus ini dapat dikawal dan dicegah di Istana Negara,

“Kesemua kontrak rapat dan kakitangan tersebut turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari mulai, semalam,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

“Lanjutan dari proses saringan ini,  Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,

“Al-Sultan Abdullah juga dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik COVID-19 pulih.” kata lagi.

Related Articles

Leave a Reply