Home Semasa Jumlah kes positif COVID-19 Malaysia lebihi paras 1,000

Jumlah kes positif COVID-19 Malaysia lebihi paras 1,000

by M.Daim

PUTRAJAYA, 20 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini telah melebih paras 1,000.

“Sehingga 20 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan,

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Noor Hisham menambah, dari 130 kes, 48 kes daripadanya melibatkan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Pada masa yang sama, beliau mengesahkan seramai 26 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut memaklumkan seramai 12 pesakit COVID-19 telah diisytiharkan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply