Home SemasaGlobal 44 mati akibat percaya alkohol mampu membunuh virus COVID-19

44 mati akibat percaya alkohol mampu membunuh virus COVID-19

by Farrah Najihah Hisyam

IRAN, 11 Mac – Sekurang-kurangnya 44 orang maut manakala ratusan lagi dimasukkan ke hospital selepas meminum arak yang dipercayai boleh membunuh virus COVID-19.

Insiden ini terjadi setelah tersebarnya pesanan palsu yang menyatakan bahawa arak dapat menyembuhkan dan mengelakkan wabak COVID-19 dari menjangkiti.

Iran adalah negeri di timur tengah yang mempunyai bilangan paling ramai dijangkiti wabak COVID-19 dengan 8042 orang disahkan positif manakala 291 kematian dilaporkan pada selasa lalu.

“Beberapa warganegara telah meminum arak yang dihasilkan dengan menggantikan toksik metanol kepada etanol dan menggunakan peluntur untuk mengekalkan warna alkohol,

“Sehubungan dengan itu, 7 orang pembuat arak haram telah ditahan,” jelas Pegawai Kementerian Kesihatan Iran, Ali Ehsanpour.

Dalam perkembangan lain di Malaysia, 129 kes telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 25 orang telah discaj dari hospital pada 10 mac lalu.

Related Articles

Leave a Reply