Home Politik Siasat penganjur perhimpunan adalah episod hitam demokrasi negara – Faiz Fadzil

Siasat penganjur perhimpunan adalah episod hitam demokrasi negara – Faiz Fadzil

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Pemuda Amanah Nasional menyifatkan tindakan pihak polis yang memanggil penganjur perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianat’ untuk disiasat adalah sebagai satu episod hitam dalam demokrasi negara.

Timbalan Ketuanya, Muhamad Faiz Fadzil menegaskan, tindakan seperti itu hanyalah untuk menakutkan rakyat daripada bangkit menentang dan menyuarakan hak mereka yang memilih kerajaan terdahulu melalui Pilihan Raya Umum ke-14.

“Panggilan hadir ke balai polis hari ini adalah satu permulaan kepada episod hitam dalam demokrasi negara selepas kerajaan pintu belakang terbentuk,

“Ini adalah satu lagi tindakan menakut-nakutkan rakyat untuk tidak bangkit menentang kerajaan pintu belakang ini,

“Berbaza sepanjang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), rakyat bebas untuk berhimpun. Ada beberapa perhimpunan diadakan tanpa apa-apa tindakan diambil oleh pihak polis,

“Itulah perbezaan diantara kerajaan PH yang berpegang pada prinsip demokrasi dan keadilan,” jelas Muhammad Faiz kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Menurut ADUN Permatang Pasir itu, kerajaan PH menghormati perlembagaan persekutuan yang dibuat untuk semua rakyat.

Faiz berkata, situasi itu berbeza dengan kerajaan pintu belakang yang didalangi oleh UMNO, Barisan Nasional, PAS yang sememangnya terkenal dengan sikap intimidasi politik menakutkan rakyat, menggunakan pihak berkuasa.

“Namun saya dan rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan demokrasi tidak akan tunduk kepada apa saja tekanan oleh pihak kerajaan,” tambahnya lagi

Terdahulu, beliau bersama enam pemimpin Pemuda Amanah serta aktivis hadir ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan aman bertajuk Selamatkan Malaysia,Tolak Pengkhianat di pekarangan pusat beli-belah Sogo, pada 1 Mac lalu.

Related Articles

Leave a Reply