Home Semasa Tommy Thomas letak jawatan

Tommy Thomas letak jawatan

by Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan itu.

Menurut sumber di Jabatan Peguam Negara (AGC), Thomas telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad petang tadi.

Thomas, 68, yang dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

Beliau telah dilantik oleh Dr Mahathir pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua penggal untuk menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Tempoh jawatan Thomas berakhir pada Jun tahun ini. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply