Home PolitikPakatan Harapan Anwar Perdana Menteri ke 8 – PH

Anwar Perdana Menteri ke 8 – PH

by Nurulhuda

PETALING JAYA, 26 – Pakatan Harapan (PH) telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, susulan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

PH juga tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.

Anwar berkata demikian dalam sidang media ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

“PH tidak akan mengkhianati amanah yang akan dilaksanakan untuk rakyat,

“Semua parti dan rakyat harus hormat kebijaksanaan, keputusan dan budi bicara Tuanku mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,

“Semua terserah kepada Agong,” jelas Anwar.

Terdahulu, Presiden PKR dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Ahli Parlimen PKR telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Mereka merupakan sebahagian daripada 221 Ahli Parlimen yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberi maklum balas berhubung perkembangan politik semasa tanah air.

 

Related Articles

Leave a Reply