Home Politik BERSATU umum keluar daripada Pakatan Harapan

BERSATU umum keluar daripada Pakatan Harapan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan,

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia,

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply