Home Politik 11 Ahli Parlimen PKR keluar parti bentuk blok Bebas

11 Ahli Parlimen PKR keluar parti bentuk blok Bebas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin serta 9 lagi Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar daripada parti hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kesemua 11 Ahli Parlimen tersebut sebulat suara keluar dari parti muafakat Pakatan Harapan bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Mereka yang mengistiharkan keluar ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Segamat, Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar.

Turut bersama-sama keluar ialah Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Sebelum ini, media melaporkan Azmin dan Zuraida dipecat sebagai anggota parti tersebut berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan drastik itu diambil kerana tindakan kedua-dua individu berkenaan pada Ahad dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH).

Related Articles

Leave a Reply