Home Semasa Koronavirus: WHO isytihar darurat kesihatan global, kes jangkitan makin meningkat

Koronavirus: WHO isytihar darurat kesihatan global, kes jangkitan makin meningkat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Badan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini telah mengisytiharkan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) sebagai darurat kesihatan global.

Wabak yang membawa maut itu telah menjangkiti seramai 9,000 orang di seluruh dunia dan meragut lebih 200  nyawa di China.

Semalam, Jabatan Kesihatan China mengesahkan seluruh negara itu telah dijangkiti 2019-nCoV.

Selain China, wabak yang berpunca dari bandar Wuhan telah merebak ke 19 negara.

“Pada minggu lepas, kita telah menyaksikan wabak yang tidak diketahui telah merebak dengan pantas,

“Kita tidak dapat menjangkakan kesan penularan wabak ini ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,

“Kita perlu bertindak untuk membantu mana-mana negara untuk hadapi ancaman wabak ini,” tegas Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO.

 

 

Related Articles

Leave a Reply