Home Semasa SPRM tahan bekas Pengarah Kastam negeri – Latheefa Koya

SPRM tahan bekas Pengarah Kastam negeri – Latheefa Koya

by Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan dua pengarah syarikat semalam, menurut Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Beliau berkata bekas pengarah Kastam negeri itu ditahan di ibu pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek, ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands dan sejumlah besar wang tunai turut dirampas semasa tangkapan itu.

“Selepas permohonan SPRM, Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah tahanan reman lima hari terhadap suspek pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Latheefa berkata SPRM juga membekukan akaun kesemua suspek, individu lain dan entiti yang berkaitan, melibatkan 20 individu dan empat entiti yang telah dibekukan akaunnya.

SPRM baru-baru ini mengumumkan badan antirasuah itu akan melumpuhkan kegiatan rasuah membabitkan pembalakan dan perlombongan haram selain penyeludupan.

– Bernama

Related Articles

Leave a Reply