Home Semasa Jerebu: Indonesia isytihar darurat, Malaysia laksana proses bawa pulang pelajar

Jerebu: Indonesia isytihar darurat, Malaysia laksana proses bawa pulang pelajar

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Sept –kerajaan akan melaksanakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Provinsi Riau dan Jambi, Indonesia.

Langkah tersebut diambil berikutan keadaan jerebu di kawasan terjejas adalah berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 550-700.

“Proses evakuasi ini akan melibatkan pelajar Malaysia yang menuntut di daerah yang telah diisytiharkan Darurat Pencemaran Udara oleh Kerajaan Republik Indonesia bermula pada 23 September 2019 sehingga 30 September 2019,” jelas Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Proses membawa keluar pelajar akan dilaksanakan bersama oleh Kementerian Luar Malaysia, Agensi

Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Dalam kenyataan yang sama, Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengaktifkan Bilik Operasi bagi memastikan kelancaran proses evakuasi ini dengan butiran perhubungan seperti berikut :

Related Articles

Leave a Reply