Home Semasa Jerebu: 2,646 sekolah di 5 negeri masih ditutup

Jerebu: 2,646 sekolah di 5 negeri masih ditutup

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan seramai 1.715 juta orang pelajar terjejas akibat penutupan 2,646 buah sekolah di 5 buah negeri pada hari ini.

Jumlah sekolah yang ditutup adalah melibatkan sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Putrajaya, Sarawak dan Selangor.

Penutupan tersebut adalah berdasaran keadaan semasa jerebu sehingga 5 petang semalam.

Sementara itu, sesi persekolahan di Negeri Sembilan dan Perak akan beroperasi seperti biasa mulai hari ini.

“Pembukaan sekolah di kedua-dua negeri berkenaan telah menunjukkan pengurangan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di bawah paras 200,” jelas KPM.

Terdahulu, KPM telah menegaskan sesi persekolahan akan ditutup sekiranya bacaan IPU disesuatu kawasan melebih paras 200 iaitu paras pencemaran udara amat tidak sihat.

Related Articles

Leave a Reply