Home Teknologi Pertahanan Rusia uji sistem artileri khusus untuk pasukan payung terjun

Rusia uji sistem artileri khusus untuk pasukan payung terjun

by M.Daim

MOSKOW, 7 Jun – Syarikat Rusia, Central Research Institute of Machine Building (TsNIITochMash)  telah melaksanakan ujian pertama untuk prototaip sistem artileri bergerak (self propelled gun, SPG).

Rostec State Corporation (ROSTEC) dalam satu kenyataannya menyatakan sistem artileri yang diberikan nama Lotos  akan dipamerkan di pameran pertahanan Rusia, International Military-Technical Forum ARMY-2019, pada akhir Jun ini.

“Prototaip Lotos telah berjaya diuji dan berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Rusia,” kat Pengarah Industri Rostec, Sergey Abramov.

Menurut Abramov, prototaip ini telah dilengkapi dengan meriam dan dioperasikan secara manual. Selain daripada itu, setiap komponen sistem terbabit telah memenuhi tahap kualiti yang dikehendaki. Ujian yang dilaksanakan antaranya pusingan turet, meriam dan merentas halangan muka bumi.

“Perisian (software) bagi sistem kawalan tembakan akan dihasilkan oleh Rostec tidak lama lagi,” tambah Abramov.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Rostec kepada Air Times, Lotos SPG telah direka bagi memenuhi keperluan pasukan payung terjun Rusia, Russian Airborne Forces.

“Kenderaan ini mempunyai berat sebanyak 18 tan dan dikuasai oleh enjin 450 hp,” jelas Rostec dalam emel.

Tambah Rostec, kenderaan ini mampu bergerak sejauh 500 kilometer dan mempunyai kelakuan maksimum sebanyak 70 kilometer sejam. Lotos dilengkapi dengan meriam 120mm mampu untuk menyerang sasaran sejauh 13 kilometer.

Kenderaan ini menggunakan chassis kenderaan berperisai BMD-4M dan mempunyai ruang dalaman yang diubahsuai bagi membolehkan pengoperasian meriam 120mm secara automatik.

Lotos dioperasikan oleh 4 orang kru dan mempunyai kadar tembakan sebanyak 6 ke 8 butir peluru seminit.

Related Articles

Leave a Reply