Home Semasa Kilang minyak Pengerang meletup dan terbakar

Kilang minyak Pengerang meletup dan terbakar

by M.Daim

PENGERANG, 12 Apr – Satu kejadian kebakaran dan letupan berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang (Pengerang Integrated Complex, PIC) pada awal pagi tadi.

Petronas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini mengesahkan kejadian berlaku pada pukul 1.25 pagi.

“Pasukan pemadam kebakaran telah diaturgerak ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan dalam masa 30 minit. Situasi telah berjaya dikawal dan pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu,” jelas Petronas.

Punca kebakaran masih lagi disiasat.

Related Articles

Leave a Reply