Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara PASKAU penyumbang utama realisasikan Plan Strategik TUDM CAP 55

PASKAU penyumbang utama realisasikan Plan Strategik TUDM CAP 55

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meletakkan keupayaan operasi khas Pasukan Khas Udara (PASKAU) sebagai penyumbang utama di dalam merealisasikan Plan Strategik TUDM CAP 55.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata selain keupayaan aset dan sistem pertahanan udara dalam memacu TUDM ke arah sebuah organisasi yang lebih kompetetif serta releven pada masa hadapan.

Markas Rejimen (MAREJ) memerlukan pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) PASKAU yang profesional dan mempunyai Attitude, Skill dan Knowledge yang baik dalam memastikan kesiagaan TUDM berada pada tahap yang tinggi bagi berhadapan cabaran secara sistematik, fokus dan telus, katanya.

“Seiring dengan perintah ulung Panglima Tentera Udara, Plan Strategik TUDM dan Plan Transformasi Air Force Next Generation (AF-NG) yang akan dijadikan sandaran dan landasan di dalam usaha kita dalam meningkatkan dan memperkasakan pengurusan ruang angkasa negara”, kata Affendi ketika berucap sempena Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAU ke-39 di Rejimen TUDM, Jugra pada Jumaat lepas.

“Sempena hari yang bersejarah ini, saya dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan perwira, bintara dan perajurit PASKAU di atas kepercayaan, kepimpinan dan sokongan yang diberikan kepada saya selaku pemerintahan tertinggi TUDM”, jelas Affendi.

Perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 150 anggota LLP ini diketuai oleh Mej Muhamad Mustaffa Omar.

Dalam upacara perbarisan tersebut seramai 10 anggota PASKAU telah disematkan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

Turut hadir Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Abdul Mutalib Datuk Abdul Wahab; Panglima Markas Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani Zainal Abidin dan Pegawai Memerintah Rejimen, Kol Hj Khalil Mohd Ali.

 

Related Articles

Leave a Reply